Sunday, November 18, 2012

PERSONALITI PEKERJAAN

Terdapat 6 jenis personaliti pekerjaan berdasarkan teori John L. Holland. Jenis pekerjaan ini berdasarkan daripada personaliti individu tersebut. Setiap jenis personality memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.Semua individu dapat dikategorikan kepada 6 jenis personaliti (RIASEC). Terdapat 6 jenis model persekitaran yang berhubung dengan 6 jenis personaliti ini (RIASEC). Individu mencari persekitaran yang membenarkan mereka melatih kemahiran, sikap, nilai dan jenis personaliti. Tingkah laku individu ditentukan melalui interaksi antara jenis personaliti dan ciri-ciri persekitaran.

PERSONALITI REALISTIK

CIRI
  • Mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal.
  • Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang.
  •  Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan

KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.


JENIS-JENIS KEMAHIRAN BELAJAR

                                                                

Mendengar


Membaca
- luncuran (skimming)
- imbasan (scanning )
-intensif
- laju


Saturday, November 17, 2012

LAWATAN KE PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



Assalamualaikum dan salam sejatera kawan-kawan. Kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya melawat ke Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan ini diadakan semperna kursus Psikologi Abnormal iaitu pada 17 Oktober 2011. Perasaan saya pada ketika itu sangat teruja untuk mengetahui bagaimana keadaan sebenar pesakit yang menghadapi masalah mental. Mengapa mereka boleh berkeadaan seperti itu? Apa yang menyebabkan mereka berlaku kecelaruan minda? Kenapa berlaku masalah kesihatan mental?

PANDANGAN  AWAL TERHADAP  ISU KESIHATAN MENTAL

Pandangan awal saya terhadap institusi kesihatan mental sebelum ini ialah setiap individu yang berurusan dengan hospital mental mengalami masalah atau gangguan jiwa atau lebih dikenali sebagai gila oleh masyarakat setempat. Masyarakat setempat begitu memandang serong atau memberi gambaran yang begitu negatif terhadap individu yang mengalami masalah kecelaruan jiwa. Gambaran tersebut turut mempengaruhi cara saya berfikiran dan memberikan satu stigma terhadap individu tersebut. Gangguan jiwa atau gila pada pemahaman saya ialah individu yang bertingkah laku diluar kebiasaan manusia biasa atau normal. Tambahan pula, terdapat sesetengah individu yang mengalami gangguan mental ini tidak mendapat penjagaan atau pengawasan yang rapi daripada keluarga mereka. Mungkin mereka disisishkan oleh keluarga kerana berasa malu mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental. Keadaan ini dapat dilihat sama ada di kawasan bandar, pekan mahu pun kampung. Contohnya pesakit mental ini akan merayau-rayau di jalan dan tidur di merata tempat dengan keadaan yang kotor serta baju yang compang-camping.

Friday, November 16, 2012

PSIKOLOGI ABNORMAL

KUMPULAN KECELARUAN UTAMA

  • Anxiety Disorders
  • Somatoform Disorders
  • Dissociative Disorders
  • Factitious Disorders
  • Mood Disorders
  • Eating Disorders
  • Sleeping Disorders
  • Sexual and Gender Identity Disorders
  • Impulse-Control Disorders
  • Personality Disorders
  • Psychotic Disorders
  • Childhood Disorders
  • Cognitive Disorders

FOBIA

Fobia terbahagi kepada  iaitu fobia jenis agrofobia, fobia sosial . Agrofobia ialah ketakutan terhadap situasi atau tempat orang ramai ataupun bersendirian. Seseorang itu hanya akan menempatkan dirinya dalam keadaan yang memberikan ketenangan kepada dirinya. Untuk itu mereka akan menghadkan aktiviti harian mahu pun interaksi dengan persekitaran. Fobia sosial pula adalah ketakutan terhadap tempat-tempat am seperti makan di khalayak umum, bercakap di hadapan orang ramai atau menggunakan kemudahan awam tertentu seperti tandas awam. 

DONNY OSMOND 

        Donny clark atau Donny Osmond adalah anak kepada Olive Osmond dan George Osmond. Beliau dilahirkan pada 9 December 1957, di Oghden, Utah. Dia adalah anak ke tujuh daripada lapan orang adik-beradik iaitu seorang perempuan (kakak) dan yang lain adalah lelaki. Semasa Donny masih kecil, keluarganya telah pergi melawat Lawrence Welk di California. Namun, mereka tidak dapat berjumpa dengannya dan telah mengambil keputusan untuk melancong ke Disneyland. Walt Disney merupakan tempat mencungkil bakat abang-abang donny, iaitu Wayne Osmond, Alan Osmond, Merrill Osmond, dan Jay Osmond. Mereka telah membuat persembahan di Disneyland, dan tidak lama kemudiannya mereka telah dijemput untuk membuat persembahan dalam “ The Andy William Show” pada tahun 1962. Mereka telah membuat petunjukkan dalam rancangan tersebut selama 9 tahun dan  Donny menyertainya ketika berumur 6 tahun. Selepas Sembilan tahun mereka menyertai rancangan tersebut, abangnya telah menghabiskan masa selama dua tahun untuk mengembangkan lagi bakat sebelum “ Mike Curb” dan “Rick Hall” menemui “ One Bad Apple "iaitu lagu yang asalnya dipilih untuk " The Jackson".

Thursday, November 15, 2012



Inilah batch kelas saya. Comelkan?
REALITI 2010/2011

Bersantai Bersama Teman-teman Sepejuangan

Asyik menelaah buku je, mesti bosankan...? Pada suatu petang yang telah dirancangan kami pun telah bersepakat untuk beriadah bersama. Seronok juga naik basikal ramai-ramai bersama kawan-kawan tersayang. Sempena musim buah yang telah berkunjung tiba, kami pun mengambil keputusan untuk pergi makan buah di Dusun Desa Selesa. Memang terbaik untuk melepaskan penat lelah belajar. Perasaan yang begitu gembira terukir diwajah kami semua :)







happy je muka masing-masingkan?  :)






sedapppnyaaa....



setelah kenyang mengisi perut masing-masing menyibukkan diri untuk bergambar...
posing time...!!!
hehehe




senyummmm...!!!








lupa sekejap assigment yang sedang menanti dibilik
hihihi ^^,




tinggal kulit je,
habis licin semuanya...
hehehe :)

Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian 25 Tahun Dr Fadhilah Kamsah

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yang sangat tinggi

Sunday, November 11, 2012

Cerita Dulu-dulu :)

Assalamulaikum kawan-kawan...

Saya nak cite sikit pengalaman pertama semasa saya  di semester 1. Kami sekelas telah ditugaskan untuk membuat pameran kerjaya bagi kursus kaunseling kerjaya. Bayangkan tugasan yang diberikan betul-betul kesuntukan waktu,tinggal lagi dua minggu untuk kami membuat segala persiapan pameran tersebut. Kertas kerja, tempat, barang-barang, segala kelengkapan belum lagi ditempah dan disiapkan. Tugasan ini memang betul-betul mencabar kami semua untuk melaksanakannya. Tempoh masa pameran yang diberikan Sabtu dan Ahad di padang UPSI. Walaupun banyak tekanan yang kami terima namun kami jadikan ini sebagai salah satu permulaan cabaran untuk menjadi seorang kaunselor pada masa hahadapan.



bertungkus lumus untuk persiapan esok



persiapan hampir selesai



tema pameran kami :)




Thursday, November 1, 2012

APAKAH CIRI-CIRI KAUNSELOR PROFESIONAL?

Kaunselor mestilah mempunyai ciri-ciri yang profesional dalam mengendalikan kes. Dalam menjalankan kes, proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan sifat-sifat kaunselor yang memiliki kemahiran-kemahiran kaunseling.  
Perhubungan kaunselor tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor  yang merupakan gaya dan tahap kefungsian kaunselor iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati.
Mesra
Sifat mesra seorang kaunselor akan dapat dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda seperti tidak malu untuk bersuara, selesa dan rasa diterima oleh kaunselor. Sifat mesra yang ditunjukkan oleh kaunselor memudahkan klien untuk meluahkan masalah yang dihadapi oleh klien.

Jujur
Kaunselor juga mestilah mempunyai sifat yang jujur dalam perhubungan dengan klien. Antara sifat jujur yang perlu ditonjolkan oleh kaunselor ialah bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Kaunselor juga dapat berkongsi aksi dan reaki dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas terhadap masalah yang dihadapi oleh klien.
Menerima Tanpa Syarat
Penerimaan tanpa syarat kaunselor terhadap klien bermaksud kaunselor menerima diri klien yang sebenarnya. Kaunselor perlulah melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan masalah yang negatif. Kaunselor tidak boleh memandang serong atau berfikiran negatif terhadap kliennya.

Berempati
Kanselor mestilah mempunyai sifat empati dalam setiap masalah yang dihadapi oleh klien tetapi bukannya sifat simpati. Sifat empati menunjukkan kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan turut membenarkan kaunselor mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien.

Kaunselor Sebagai Fasilitator
Menurut Carl Rogers (1957) terdapat beberapa keadaan untuk memperkembangkan diri klien iaitu kongruen yang bermaksud konsisten dan ketulenan dalam hubungan, penerimaan tanpa syarat terhadap klien, pemahaman empati terhadap ruang rujuk klien dan usaha berkomunikasi untuk memahami.

Tambahan pula, kaunselor mestilah mempunyai sifat keterbukaan dalam sesi pehubungan dengan klien. Hal ini demikian kerana ia dapat menggalakkan klien untuk bebas meluahkan pemikiran dan perasaan yang dihadapinya. Kaunselor hanya perlu mendedahkan diri klien dalam mencapai pada tahap kefungsian yang diinginkan. Kaunselor juga mestilah mempunyai kebolehan dalam memperkasakan klien. Hubungan ini dapat diwujudkan dengan berasaskan hubungan kepercayaan antara kaunselor dan klien, koloborasi dan berkongsi tenaga dalam sama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga harus fokus kepada kekuatan dalaman klien dan keyakinan bahawa klien mampu memilih kehidupan yang positif.
            
Di samping itu, kaunselor bertanggungjawab dalam melahirkan idea, memberikan reaksi atau sokongan selaras dengan kehendak klien. Kaunselor juga mestilah bertingkahlaku secara etika dengan dapat mengimbangi antara kebajikan klien dan harapan sosial. Namun dalam setiap idea yang dicetuskan oleh kaunselor, klien yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan yang telah dipilih olehnya.
           
Kauselor yang berkesan merupakan seorang individu yang unik dalam profesion menolong orang lain yang menghadapi masalah yang memerlukan bantuan. Individu ini mempunyai kekuatan dan keupayaan dalam menarik perhatian orang lain dalam mempercayainya dan yakin akan dirinya.

Mengikut The Assosiation Of Counselor And Supervision (2007) menjalankan kajian dan mengenalpasti enam ciri asas yang perlu dimiliki oleh kaunselor. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut :
  • Kepercayaan kepada setiap indiviu iaitu kaunselor harus mempercayai dan tidak mempertikaikan atau membantah apa yang diperkatakan oleh klien.
  • Komitmen kepada nilai kemanusiaan iaitu kaunselor mestilah mempunyai sifat kemanusiaan serta menunjukkannya kepada klien. Sifat kemanusiaan ini dapat ditonjolkan  melalui sikap mengambil berat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menumpukan perhatian kepada klien.
  • Kaunselor haruslah memahami dirinya sendiri  dahulu sebelum memahami orang lain atau pun klien. Hal ini penting untuk memudahkan kaunselor untuk memahami diri orang lain dalam sesi kaunseling.
  • Kaunselor mestilah komitmen terhadap professional.
           
Manakala menurut Combs el at (1994), telah mengkaji dan memberikan pendapat beliau mengenai sifat yang perlu ada pada seorang kaunselor dalam menjadi seorang kauselor yang berkesan. 

  • kaunselor yang berkesan akan menganggap orang lain berkeupayaan dalam menyelesaikan masalahnya sendiri dan boleh menangani masalah yang dihadapi, kaunselor menganggap orang lain boleh diharap, mesra dan berguna. Selain itu, mereka juga suka bersama-sama orang lain berbanding bersama objek atau alat.
           



Monday, October 29, 2012


~jangan pernah berputus asa tanpa usaha segalanya akan sia-sia~

Kaunseling Individu

Terdapat tiga pendapat yang menerangkan maksud kaunseling individu. Pendapat tersebut menunjukkan bahawa kaunseling individu merupakan satu proses bersua muka antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang klien yang menghadapi masalah yang melibatkan psikologi.

Gibson dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu perhubungan satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada beberapa aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat keputusan. Prosess ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi dimana klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan memulakan perubahan. Kecekapan kaunselor memungkinkan perubahan positif yang akan berlaku. Kemahiran kaunselor dan pengetahuannya menyediakan satu rangka kerja kearah yang memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang positif.

Rogers(dlm Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas kepada pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam kaunseling individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal. Pihak pertama ialah klien yang berada dalam keadaan tidak tenteram, risau yang menghadapi sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal. Pihak kedua ialah kaunselor yang tenang dalam hubungan itu. Kaunselor mengalami pengalaman empati dan faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang mengenai pengalaman dengan klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor dengan klien melalui sifat empati, faham-memahami dan penerimaan positif tanpa syarat sekurang-kurangnya telah mencapai sesuatu keberkesanan kaunseling.

Mansur Abdullah (1993) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.


gambar ini menunjukkan situasi sebenar kaunseling individu dijalankan




Saturday, October 27, 2012

Apa Itu Kaunseling dan bagaimana ia berfungsi ?

Kaunseling merupakan kebolehan seseorang individu menolong individu lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup. 
Kaunseling juga merupakan alat asas bagi kebanyakan professional. 
Secara amnya, kaunseling diamalkan dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemlihan, perkahwinan dan keluarga. 
Kaunseling adalah salah satu profesion yang mempunyai asas yang saintifik dan objektif  daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antopologi dan falsafah. 


Apa itu kaunseling? Perkataan kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘counselling’. Kaunseling digunakan dalam satu proses yang sistematik untuk membantu perhubungan yang berdasarkan kepada konsep-konsep psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar. Tambahan pula ia juga perlulah mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik baik secara sukarela pada diri klien supaya berlaku perubahan dan kamajuan serta penyesuaian yang berterusan dalam kehidupan klien. 

Berdasarkan definisi tersebut  terdapat beberapa perkara penting iaitu :
  • Kaunseling adalah profesion
  • Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan personal, kerjaya, patalogi.
  • Kaunseling dijalankan ke atas individu yang yang berfungsi penuh dan mempunyai masalah.
  • Kaunseling berasaskan teori
  • Kaunseling adalah proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi
  • Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran 
Bimbingan pula bermaksud proses membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya (Gladding,2000). 
Bimbingan juga bererti proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya supaya seseorang itu boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi,1997). 
Oleh itu jelaslah disini bahawa bimbingan membantu individu yang menghadapi masalah dalam membuat keputusan yang waras. Ini demikian kerana individu tersebut tidak dapat membuat sebarang pemilihan yang tetap kerana masih berada dalam kekeliruan atau tidak tahu untuk menilai pilihan yang terbaik untuk masa kini dan akan datang. 
Bimbingan merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohaniaan. Ia jga melibatkan proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil pada masa sekarang dan pada masa depan.

Jenis-jenis Kaunseling

  • kaunseling individu
  • kaunseling kelompok
  • kaunseling keluarga
  • kaunseling kerjaya

Saturday, October 20, 2012




" OrAnG yAnG mErAsAkAn DiRiNyA tIdAk BeRdOsA, iTu PeTaNdA dIa BaNyAk DoSa "
IMAM AL-GHAZALI

CiNtA~~





CiNtA yAnG sEjAtI aDaLaH cInTa AnTaRa Dua HamBa ALLAH
yAnG dIpAtErIkAn OLeH cInTa KePaDa ALLAH
jAnGaNLaH kItA LaLaI kErAnA iBLiS sUkA mErAcUnI jiWa YaNg LaLaI
-HAMKA-

ApA iTU kAuNsELiNg?


Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Friday, October 19, 2012


ASSALAMUALAIKUM ...
Nama diberi Noraini BT Mohamad Saad. Berasal daripada Pulau Pinang. Pada Julai 2010 bermulalah kehidupan saya sebagai seorang mahasiswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang pengajian Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Pada mulanya sangkaan saya tugas sebagai kaunselor amatlah mudah kerana tidak perlu mengajar didalam kelas, tidak perlu menyemak buku latihan, tidak perlu menyediakan soalan peperiksaan namun sangkaan saya itu meleset, rupa-rupanya peranan kaunselor amatlah berat dan perlu dipikul dengan sebaik mungkin. Mungkin kaunselor tidak mengajar didalam kelas namun kaunselor berperanan dalam menyelami ruang hati, fikiran dan tingkah laku seseorang individu. Cabaran sebagai seorang kaunselor telah saya rasai ~~





buang jauh-jauh rasa putus asa itu
buang jauh-jauh rasa kecewa itu
buang jauh-jauh rasa sedih itu
buang jauh-jauh rasa keseorangan itu


ukirlah senyuman dikala kesepian
ukirlah senyuman dikala air mata bercucuran
ukirlah senyuman dikala dirasakan diri ini lelah
ukirlah senyuman dikala dirasakan kasih-Nya melebihi segala-galanya