Monday, October 29, 2012

Kaunseling Individu

Terdapat tiga pendapat yang menerangkan maksud kaunseling individu. Pendapat tersebut menunjukkan bahawa kaunseling individu merupakan satu proses bersua muka antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang klien yang menghadapi masalah yang melibatkan psikologi.

Gibson dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu perhubungan satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada beberapa aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat keputusan. Prosess ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi dimana klien boleh membentuk pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan memulakan perubahan. Kecekapan kaunselor memungkinkan perubahan positif yang akan berlaku. Kemahiran kaunselor dan pengetahuannya menyediakan satu rangka kerja kearah yang memaksimakan potensi klien ke arah hasil yang positif.

Rogers(dlm Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas kepada pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam kaunseling individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal. Pihak pertama ialah klien yang berada dalam keadaan tidak tenteram, risau yang menghadapi sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal. Pihak kedua ialah kaunselor yang tenang dalam hubungan itu. Kaunselor mengalami pengalaman empati dan faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang mengenai pengalaman dengan klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor dengan klien melalui sifat empati, faham-memahami dan penerimaan positif tanpa syarat sekurang-kurangnya telah mencapai sesuatu keberkesanan kaunseling.

Mansur Abdullah (1993) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.


gambar ini menunjukkan situasi sebenar kaunseling individu dijalankan




No comments:

Post a Comment