Sunday, November 18, 2012

PERSONALITI PEKERJAAN

Terdapat 6 jenis personaliti pekerjaan berdasarkan teori John L. Holland. Jenis pekerjaan ini berdasarkan daripada personaliti individu tersebut. Setiap jenis personality memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.Semua individu dapat dikategorikan kepada 6 jenis personaliti (RIASEC). Terdapat 6 jenis model persekitaran yang berhubung dengan 6 jenis personaliti ini (RIASEC). Individu mencari persekitaran yang membenarkan mereka melatih kemahiran, sikap, nilai dan jenis personaliti. Tingkah laku individu ditentukan melalui interaksi antara jenis personaliti dan ciri-ciri persekitaran.

PERSONALITI REALISTIK

CIRI
  • Mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal.
  • Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang.
  •  Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan



JENIS PEKERJAAN

  •  Jurutera  Awam
  • Jurutera Kereta Api
  • Operator Mesin
  • Mekanik Kapal Terban
  • Mekanik Kereta
  • Juruteknik Elektronik
  • Ahli Ilmu  Perkebunan
  • Tukang Kayu


 PERSONALITI INVESTIGATIF

CIRI
·      Suka membuat pemerhatian, mempelejari, menyelidik, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik dan matematik serta meminati kerja-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

JENIS PEKERJAAN
  • Ahli Kaji Cuaca
  • Ahli Biologi
  • Ahli Botani
  • Ahli Agronomi
  • Ahli Fizik
  • Ahli Kaji Bintang
  • Ahli Kimia
  • Ahli Kaji Bumi
  • Penyelidik Sains
  • Antropologis



PERSONALITI ARTISTIK

CIRI

Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif.  Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur.Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.

JENIS PEKERJAAN
  •  Penyair
  • Pemimpin Orkestra
  •  Penyanyi Konsert
  • Penggubah Lagu
  • Pengarang
  • Pelukis Perdagangan
  • Pelukis Potret
  • Wartawan
  • Pelukis Kartun
  • Penghias Rumah
  •  Arkitek


PERSONALITI SOSIAL

CIRI
Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kebajikan pada orang lain. Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama adalah membuat kebajikan.

JENIS PEKERJAAN

  • Ahli Sosiologi
  • Guru
  • Pengetua Sekolah
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • Pengarah Kem Belia
  • Pengarah Agensi Kebajikan
  • Kaunselor Kerjaya
  • Kaunselor Peribadi



PERSONALTI INTERPRISING

CIRI
Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang laiN. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

JENIS PEKERJAAN

  • Spekulator
  • Aktuaris
  • Eksekutif Pengiklanan
  • Eksekutif Perniagaan
  • Pengarah Syarikat
  • Pengarah Publisiti
  • Peguam
  • Ahli Politik
  • Pengurus Hotel
  • Pengurus Bank
  • Jurujual Insurans


PERSONALITI CONVENSIONAL

CIRI
Suka bekerja denga data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur, dan mengikut arahan.

JENIS PEKERJAAN

  •          Penyimpan Kira-Kira
  •           Guru Perdagangan
  •           Akauntan
  •           Jurutrengkas
  •           Kerani Bank
  •           Pakar Cukai
  •           Kerani Gaji
  •           Operator Komputer
  •           Penilai Harta
  •           Jurujual Insurans
  •           Kerani Insurans

No comments:

Post a Comment