Saturday, October 27, 2012

Apa Itu Kaunseling dan bagaimana ia berfungsi ?

Kaunseling merupakan kebolehan seseorang individu menolong individu lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup. 
Kaunseling juga merupakan alat asas bagi kebanyakan professional. 
Secara amnya, kaunseling diamalkan dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemlihan, perkahwinan dan keluarga. 
Kaunseling adalah salah satu profesion yang mempunyai asas yang saintifik dan objektif  daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antopologi dan falsafah. 


Apa itu kaunseling? Perkataan kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘counselling’. Kaunseling digunakan dalam satu proses yang sistematik untuk membantu perhubungan yang berdasarkan kepada konsep-konsep psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar. Tambahan pula ia juga perlulah mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik baik secara sukarela pada diri klien supaya berlaku perubahan dan kamajuan serta penyesuaian yang berterusan dalam kehidupan klien. 

Berdasarkan definisi tersebut  terdapat beberapa perkara penting iaitu :
  • Kaunseling adalah profesion
  • Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan personal, kerjaya, patalogi.
  • Kaunseling dijalankan ke atas individu yang yang berfungsi penuh dan mempunyai masalah.
  • Kaunseling berasaskan teori
  • Kaunseling adalah proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi
  • Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran 
Bimbingan pula bermaksud proses membantu individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya (Gladding,2000). 
Bimbingan juga bererti proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya supaya seseorang itu boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya (Suradi,1997). 
Oleh itu jelaslah disini bahawa bimbingan membantu individu yang menghadapi masalah dalam membuat keputusan yang waras. Ini demikian kerana individu tersebut tidak dapat membuat sebarang pemilihan yang tetap kerana masih berada dalam kekeliruan atau tidak tahu untuk menilai pilihan yang terbaik untuk masa kini dan akan datang. 
Bimbingan merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohaniaan. Ia jga melibatkan proses yang mengakibatkan pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar diambil pada masa sekarang dan pada masa depan.

No comments:

Post a Comment