Sunday, November 18, 2012

PERSONALITI PEKERJAAN

Terdapat 6 jenis personaliti pekerjaan berdasarkan teori John L. Holland. Jenis pekerjaan ini berdasarkan daripada personaliti individu tersebut. Setiap jenis personality memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.Semua individu dapat dikategorikan kepada 6 jenis personaliti (RIASEC). Terdapat 6 jenis model persekitaran yang berhubung dengan 6 jenis personaliti ini (RIASEC). Individu mencari persekitaran yang membenarkan mereka melatih kemahiran, sikap, nilai dan jenis personaliti. Tingkah laku individu ditentukan melalui interaksi antara jenis personaliti dan ciri-ciri persekitaran.

PERSONALITI REALISTIK

CIRI
  • Mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal.
  • Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang.
  •  Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan

KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.


JENIS-JENIS KEMAHIRAN BELAJAR

                                                                

Mendengar


Membaca
- luncuran (skimming)
- imbasan (scanning )
-intensif
- laju


Saturday, November 17, 2012

LAWATAN KE PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



Assalamualaikum dan salam sejatera kawan-kawan. Kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya melawat ke Jabatan Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Lawatan ini diadakan semperna kursus Psikologi Abnormal iaitu pada 17 Oktober 2011. Perasaan saya pada ketika itu sangat teruja untuk mengetahui bagaimana keadaan sebenar pesakit yang menghadapi masalah mental. Mengapa mereka boleh berkeadaan seperti itu? Apa yang menyebabkan mereka berlaku kecelaruan minda? Kenapa berlaku masalah kesihatan mental?

PANDANGAN  AWAL TERHADAP  ISU KESIHATAN MENTAL

Pandangan awal saya terhadap institusi kesihatan mental sebelum ini ialah setiap individu yang berurusan dengan hospital mental mengalami masalah atau gangguan jiwa atau lebih dikenali sebagai gila oleh masyarakat setempat. Masyarakat setempat begitu memandang serong atau memberi gambaran yang begitu negatif terhadap individu yang mengalami masalah kecelaruan jiwa. Gambaran tersebut turut mempengaruhi cara saya berfikiran dan memberikan satu stigma terhadap individu tersebut. Gangguan jiwa atau gila pada pemahaman saya ialah individu yang bertingkah laku diluar kebiasaan manusia biasa atau normal. Tambahan pula, terdapat sesetengah individu yang mengalami gangguan mental ini tidak mendapat penjagaan atau pengawasan yang rapi daripada keluarga mereka. Mungkin mereka disisishkan oleh keluarga kerana berasa malu mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental. Keadaan ini dapat dilihat sama ada di kawasan bandar, pekan mahu pun kampung. Contohnya pesakit mental ini akan merayau-rayau di jalan dan tidur di merata tempat dengan keadaan yang kotor serta baju yang compang-camping.

Friday, November 16, 2012

PSIKOLOGI ABNORMAL

KUMPULAN KECELARUAN UTAMA

  • Anxiety Disorders
  • Somatoform Disorders
  • Dissociative Disorders
  • Factitious Disorders
  • Mood Disorders
  • Eating Disorders
  • Sleeping Disorders
  • Sexual and Gender Identity Disorders
  • Impulse-Control Disorders
  • Personality Disorders
  • Psychotic Disorders
  • Childhood Disorders
  • Cognitive Disorders

FOBIA

Fobia terbahagi kepada  iaitu fobia jenis agrofobia, fobia sosial . Agrofobia ialah ketakutan terhadap situasi atau tempat orang ramai ataupun bersendirian. Seseorang itu hanya akan menempatkan dirinya dalam keadaan yang memberikan ketenangan kepada dirinya. Untuk itu mereka akan menghadkan aktiviti harian mahu pun interaksi dengan persekitaran. Fobia sosial pula adalah ketakutan terhadap tempat-tempat am seperti makan di khalayak umum, bercakap di hadapan orang ramai atau menggunakan kemudahan awam tertentu seperti tandas awam. 

DONNY OSMOND 

        Donny clark atau Donny Osmond adalah anak kepada Olive Osmond dan George Osmond. Beliau dilahirkan pada 9 December 1957, di Oghden, Utah. Dia adalah anak ke tujuh daripada lapan orang adik-beradik iaitu seorang perempuan (kakak) dan yang lain adalah lelaki. Semasa Donny masih kecil, keluarganya telah pergi melawat Lawrence Welk di California. Namun, mereka tidak dapat berjumpa dengannya dan telah mengambil keputusan untuk melancong ke Disneyland. Walt Disney merupakan tempat mencungkil bakat abang-abang donny, iaitu Wayne Osmond, Alan Osmond, Merrill Osmond, dan Jay Osmond. Mereka telah membuat persembahan di Disneyland, dan tidak lama kemudiannya mereka telah dijemput untuk membuat persembahan dalam “ The Andy William Show” pada tahun 1962. Mereka telah membuat petunjukkan dalam rancangan tersebut selama 9 tahun dan  Donny menyertainya ketika berumur 6 tahun. Selepas Sembilan tahun mereka menyertai rancangan tersebut, abangnya telah menghabiskan masa selama dua tahun untuk mengembangkan lagi bakat sebelum “ Mike Curb” dan “Rick Hall” menemui “ One Bad Apple "iaitu lagu yang asalnya dipilih untuk " The Jackson".

Thursday, November 15, 2012



Inilah batch kelas saya. Comelkan?
REALITI 2010/2011

Bersantai Bersama Teman-teman Sepejuangan

Asyik menelaah buku je, mesti bosankan...? Pada suatu petang yang telah dirancangan kami pun telah bersepakat untuk beriadah bersama. Seronok juga naik basikal ramai-ramai bersama kawan-kawan tersayang. Sempena musim buah yang telah berkunjung tiba, kami pun mengambil keputusan untuk pergi makan buah di Dusun Desa Selesa. Memang terbaik untuk melepaskan penat lelah belajar. Perasaan yang begitu gembira terukir diwajah kami semua :)







happy je muka masing-masingkan?  :)






sedapppnyaaa....



setelah kenyang mengisi perut masing-masing menyibukkan diri untuk bergambar...
posing time...!!!
hehehe




senyummmm...!!!








lupa sekejap assigment yang sedang menanti dibilik
hihihi ^^,




tinggal kulit je,
habis licin semuanya...
hehehe :)