- Anxiety Disorders
- Somatoform Disorders
- Dissociative Disorders
- Factitious Disorders
- Mood Disorders
- Eating Disorders
- Sleeping Disorders
- Sexual and Gender Identity Disorders
- Impulse-Control Disorders
- Personality Disorders
- Psychotic Disorders
- Childhood Disorders
- Cognitive Disorders
Friday, November 16, 2012
PSIKOLOGI ABNORMAL
KUMPULAN KECELARUAN UTAMA
FOBIA
Fobia
terbahagi kepada iaitu fobia jenis agrofobia, fobia sosial . Agrofobia ialah ketakutan terhadap situasi atau tempat orang ramai
ataupun bersendirian. Seseorang itu hanya akan menempatkan dirinya dalam
keadaan yang memberikan ketenangan kepada dirinya. Untuk itu mereka akan
menghadkan aktiviti harian mahu pun interaksi dengan persekitaran. Fobia sosial
pula adalah ketakutan terhadap tempat-tempat am seperti makan di khalayak umum,
bercakap di hadapan orang ramai atau menggunakan kemudahan awam tertentu
seperti tandas awam.
DONNY OSMOND
Donny
clark atau Donny Osmond adalah anak kepada Olive Osmond dan George Osmond.
Beliau dilahirkan pada 9 December 1957, di Oghden, Utah. Dia adalah anak ke
tujuh daripada lapan orang adik-beradik iaitu seorang perempuan (kakak) dan
yang lain adalah lelaki. Semasa Donny masih kecil, keluarganya telah pergi
melawat Lawrence Welk di California. Namun, mereka tidak dapat berjumpa dengannya
dan telah mengambil keputusan untuk melancong ke Disneyland. Walt Disney
merupakan tempat mencungkil bakat abang-abang donny, iaitu Wayne Osmond, Alan
Osmond, Merrill Osmond, dan Jay Osmond. Mereka telah membuat persembahan di
Disneyland, dan tidak lama kemudiannya mereka telah dijemput untuk membuat
persembahan dalam “ The Andy William Show” pada tahun 1962. Mereka telah
membuat petunjukkan dalam rancangan tersebut selama 9 tahun dan Donny menyertainya ketika berumur 6 tahun.
Selepas Sembilan tahun mereka menyertai rancangan tersebut, abangnya telah
menghabiskan masa selama dua tahun untuk mengembangkan lagi bakat sebelum “
Mike Curb” dan “Rick Hall” menemui “ One Bad Apple "iaitu lagu yang asalnya
dipilih untuk " The Jackson".
Thursday, November 15, 2012
Bersantai Bersama Teman-teman Sepejuangan
Asyik menelaah buku je, mesti bosankan...? Pada suatu petang yang telah dirancangan kami pun telah bersepakat untuk beriadah bersama. Seronok juga naik basikal ramai-ramai bersama kawan-kawan tersayang. Sempena musim buah yang telah berkunjung tiba, kami pun mengambil keputusan untuk pergi makan buah di Dusun Desa Selesa. Memang terbaik untuk melepaskan penat lelah belajar. Perasaan yang begitu gembira terukir diwajah kami semua :)
happy je muka masing-masingkan? :)
sedapppnyaaa....
setelah kenyang mengisi perut masing-masing menyibukkan diri untuk bergambar...
posing time...!!!
hehehe
senyummmm...!!!
lupa sekejap assigment yang sedang menanti dibilik
hihihi ^^,
tinggal kulit je,
habis licin semuanya...
hehehe :)
Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian 25 Tahun Dr Fadhilah Kamsah
JANUARI
bercita-cita
tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat
kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak
keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran
mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang,
agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri
sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi
tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk rumah,
setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yang
sangat tinggi
Sunday, November 11, 2012
Cerita Dulu-dulu :)
Assalamulaikum kawan-kawan...
Saya nak cite sikit pengalaman pertama semasa saya di semester 1. Kami sekelas telah ditugaskan untuk membuat pameran kerjaya bagi kursus kaunseling kerjaya. Bayangkan tugasan yang diberikan betul-betul kesuntukan waktu,tinggal lagi dua minggu untuk kami membuat segala persiapan pameran tersebut. Kertas kerja, tempat, barang-barang, segala kelengkapan belum lagi ditempah dan disiapkan. Tugasan ini memang betul-betul mencabar kami semua untuk melaksanakannya. Tempoh masa pameran yang diberikan Sabtu dan Ahad di padang UPSI. Walaupun banyak tekanan yang kami terima namun kami jadikan ini sebagai salah satu permulaan cabaran untuk menjadi seorang kaunselor pada masa hahadapan.
bertungkus lumus untuk persiapan esok
persiapan hampir selesai
tema pameran kami :)
Thursday, November 1, 2012
APAKAH CIRI-CIRI KAUNSELOR PROFESIONAL?
Kaunselor mestilah
mempunyai ciri-ciri yang profesional dalam mengendalikan kes. Dalam menjalankan
kes, proses kaunseling yang berkesan telah dikenalpasti mempunyai kaitan dengan
sifat-sifat kaunselor yang memiliki kemahiran-kemahiran kaunseling.
Perhubungan kaunselor
tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor yang merupakan gaya dan tahap kefungsian
kaunselor iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati.
Mesra
Sifat mesra seorang kaunselor akan dapat dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda seperti tidak malu untuk bersuara, selesa dan rasa diterima oleh kaunselor. Sifat mesra yang ditunjukkan oleh kaunselor memudahkan klien untuk meluahkan masalah yang dihadapi oleh klien.
Jujur
Kaunselor juga mestilah mempunyai sifat yang jujur dalam perhubungan dengan klien. Antara sifat jujur yang perlu ditonjolkan oleh kaunselor ialah bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Kaunselor juga dapat berkongsi aksi dan reaki dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas terhadap masalah yang dihadapi oleh klien.
Sifat mesra seorang kaunselor akan dapat dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda seperti tidak malu untuk bersuara, selesa dan rasa diterima oleh kaunselor. Sifat mesra yang ditunjukkan oleh kaunselor memudahkan klien untuk meluahkan masalah yang dihadapi oleh klien.
Jujur
Kaunselor juga mestilah mempunyai sifat yang jujur dalam perhubungan dengan klien. Antara sifat jujur yang perlu ditonjolkan oleh kaunselor ialah bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Kaunselor juga dapat berkongsi aksi dan reaki dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas terhadap masalah yang dihadapi oleh klien.
Menerima
Tanpa Syarat
Penerimaan
tanpa syarat kaunselor terhadap klien bermaksud kaunselor menerima diri klien
yang sebenarnya. Kaunselor perlulah melayan klien sebagai
manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan masalah yang
negatif. Kaunselor tidak boleh memandang serong atau berfikiran negatif terhadap kliennya.
Berempati
Kanselor
mestilah mempunyai sifat empati dalam setiap masalah yang dihadapi oleh klien
tetapi bukannya sifat simpati. Sifat empati menunjukkan kebolehan kaunselor
untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan turut membenarkan kaunselor
mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien.
Kaunselor
Sebagai Fasilitator
Menurut
Carl Rogers (1957) terdapat beberapa keadaan untuk memperkembangkan diri klien
iaitu kongruen yang bermaksud konsisten dan ketulenan dalam hubungan,
penerimaan tanpa syarat terhadap klien, pemahaman empati terhadap ruang rujuk
klien dan usaha berkomunikasi untuk memahami.
Tambahan
pula, kaunselor mestilah mempunyai sifat keterbukaan dalam sesi pehubungan
dengan klien. Hal ini demikian kerana ia dapat menggalakkan klien untuk bebas
meluahkan pemikiran dan perasaan yang dihadapinya. Kaunselor hanya perlu
mendedahkan diri klien dalam mencapai pada tahap kefungsian yang diinginkan.
Kaunselor juga mestilah mempunyai kebolehan dalam memperkasakan klien. Hubungan
ini dapat diwujudkan dengan berasaskan hubungan kepercayaan antara kaunselor dan
klien, koloborasi dan berkongsi tenaga dalam sama-sama menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga harus fokus kepada kekuatan dalaman
klien dan keyakinan bahawa klien mampu memilih kehidupan yang positif.
Di
samping itu, kaunselor bertanggungjawab dalam melahirkan idea, memberikan
reaksi atau sokongan selaras dengan kehendak klien. Kaunselor juga mestilah
bertingkahlaku secara etika dengan dapat mengimbangi antara kebajikan klien dan
harapan sosial. Namun dalam setiap idea yang dicetuskan oleh kaunselor, klien
yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan yang telah dipilih olehnya.
Kauselor yang berkesan merupakan seorang individu yang unik dalam
profesion menolong orang lain yang menghadapi masalah yang memerlukan bantuan.
Individu ini mempunyai kekuatan dan keupayaan dalam menarik perhatian orang
lain dalam mempercayainya dan yakin akan dirinya.
Mengikut The Assosiation Of
Counselor And Supervision (2007) menjalankan kajian dan mengenalpasti enam
ciri asas yang perlu dimiliki oleh kaunselor. Antara ciri-ciri tersebut adalah
seperti berikut :
- Kepercayaan kepada setiap indiviu iaitu kaunselor harus mempercayai dan tidak mempertikaikan atau membantah apa yang diperkatakan oleh klien.
- Komitmen kepada nilai kemanusiaan iaitu kaunselor mestilah mempunyai sifat kemanusiaan serta menunjukkannya kepada klien. Sifat kemanusiaan ini dapat ditonjolkan melalui sikap mengambil berat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menumpukan perhatian kepada klien.
- Kaunselor haruslah memahami dirinya sendiri dahulu sebelum memahami orang lain atau pun klien. Hal ini penting untuk memudahkan kaunselor untuk memahami diri orang lain dalam sesi kaunseling.
- Kaunselor mestilah komitmen terhadap professional.
Manakala menurut Combs el at (1994), telah mengkaji dan
memberikan pendapat beliau mengenai sifat yang perlu ada pada seorang kaunselor dalam menjadi seorang
kauselor yang berkesan.
- kaunselor yang berkesan akan menganggap orang lain berkeupayaan dalam menyelesaikan masalahnya sendiri dan boleh menangani masalah yang dihadapi, kaunselor menganggap orang lain boleh diharap, mesra dan berguna. Selain itu, mereka juga suka bersama-sama orang lain berbanding bersama objek atau alat.
Subscribe to:
Posts (Atom)








