Perhubungan kaunselor
tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor yang merupakan gaya dan tahap kefungsian
kaunselor iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati.
Mesra
Sifat mesra seorang kaunselor akan dapat dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda seperti tidak malu untuk bersuara, selesa dan rasa diterima oleh kaunselor. Sifat mesra yang ditunjukkan oleh kaunselor memudahkan klien untuk meluahkan masalah yang dihadapi oleh klien.
Jujur
Kaunselor juga mestilah mempunyai sifat yang jujur dalam perhubungan dengan klien. Antara sifat jujur yang perlu ditonjolkan oleh kaunselor ialah bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Kaunselor juga dapat berkongsi aksi dan reaki dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas terhadap masalah yang dihadapi oleh klien.
Sifat mesra seorang kaunselor akan dapat dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda seperti tidak malu untuk bersuara, selesa dan rasa diterima oleh kaunselor. Sifat mesra yang ditunjukkan oleh kaunselor memudahkan klien untuk meluahkan masalah yang dihadapi oleh klien.
Jujur
Kaunselor juga mestilah mempunyai sifat yang jujur dalam perhubungan dengan klien. Antara sifat jujur yang perlu ditonjolkan oleh kaunselor ialah bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Kaunselor juga dapat berkongsi aksi dan reaki dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas terhadap masalah yang dihadapi oleh klien.
Menerima
Tanpa Syarat
Penerimaan
tanpa syarat kaunselor terhadap klien bermaksud kaunselor menerima diri klien
yang sebenarnya. Kaunselor perlulah melayan klien sebagai
manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan masalah yang
negatif. Kaunselor tidak boleh memandang serong atau berfikiran negatif terhadap kliennya.
Berempati
Kanselor
mestilah mempunyai sifat empati dalam setiap masalah yang dihadapi oleh klien
tetapi bukannya sifat simpati. Sifat empati menunjukkan kebolehan kaunselor
untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan turut membenarkan kaunselor
mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien.
Kaunselor
Sebagai Fasilitator
Menurut
Carl Rogers (1957) terdapat beberapa keadaan untuk memperkembangkan diri klien
iaitu kongruen yang bermaksud konsisten dan ketulenan dalam hubungan,
penerimaan tanpa syarat terhadap klien, pemahaman empati terhadap ruang rujuk
klien dan usaha berkomunikasi untuk memahami.
Tambahan
pula, kaunselor mestilah mempunyai sifat keterbukaan dalam sesi pehubungan
dengan klien. Hal ini demikian kerana ia dapat menggalakkan klien untuk bebas
meluahkan pemikiran dan perasaan yang dihadapinya. Kaunselor hanya perlu
mendedahkan diri klien dalam mencapai pada tahap kefungsian yang diinginkan.
Kaunselor juga mestilah mempunyai kebolehan dalam memperkasakan klien. Hubungan
ini dapat diwujudkan dengan berasaskan hubungan kepercayaan antara kaunselor dan
klien, koloborasi dan berkongsi tenaga dalam sama-sama menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh klien. Kaunselor juga harus fokus kepada kekuatan dalaman
klien dan keyakinan bahawa klien mampu memilih kehidupan yang positif.
Di
samping itu, kaunselor bertanggungjawab dalam melahirkan idea, memberikan
reaksi atau sokongan selaras dengan kehendak klien. Kaunselor juga mestilah
bertingkahlaku secara etika dengan dapat mengimbangi antara kebajikan klien dan
harapan sosial. Namun dalam setiap idea yang dicetuskan oleh kaunselor, klien
yang bertanggungjawab dalam membuat keputusan yang telah dipilih olehnya.
Kauselor yang berkesan merupakan seorang individu yang unik dalam
profesion menolong orang lain yang menghadapi masalah yang memerlukan bantuan.
Individu ini mempunyai kekuatan dan keupayaan dalam menarik perhatian orang
lain dalam mempercayainya dan yakin akan dirinya.
Mengikut The Assosiation Of
Counselor And Supervision (2007) menjalankan kajian dan mengenalpasti enam
ciri asas yang perlu dimiliki oleh kaunselor. Antara ciri-ciri tersebut adalah
seperti berikut :
- Kepercayaan kepada setiap indiviu iaitu kaunselor harus mempercayai dan tidak mempertikaikan atau membantah apa yang diperkatakan oleh klien.
- Komitmen kepada nilai kemanusiaan iaitu kaunselor mestilah mempunyai sifat kemanusiaan serta menunjukkannya kepada klien. Sifat kemanusiaan ini dapat ditonjolkan melalui sikap mengambil berat terhadap permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menumpukan perhatian kepada klien.
- Kaunselor haruslah memahami dirinya sendiri dahulu sebelum memahami orang lain atau pun klien. Hal ini penting untuk memudahkan kaunselor untuk memahami diri orang lain dalam sesi kaunseling.
- Kaunselor mestilah komitmen terhadap professional.
Manakala menurut Combs el at (1994), telah mengkaji dan
memberikan pendapat beliau mengenai sifat yang perlu ada pada seorang kaunselor dalam menjadi seorang
kauselor yang berkesan.
- kaunselor yang berkesan akan menganggap orang lain berkeupayaan dalam menyelesaikan masalahnya sendiri dan boleh menangani masalah yang dihadapi, kaunselor menganggap orang lain boleh diharap, mesra dan berguna. Selain itu, mereka juga suka bersama-sama orang lain berbanding bersama objek atau alat.
Good .
ReplyDeleteSaya sangat suka artikle ini...jika ada orang yang memerlukan seseorang yg berciri seperti d atas....boleh lah kontek saya..
ReplyDeletenice. input yang berguna :)
ReplyDelete.
ReplyDeleteThanks atas perkongsian
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian. doakan saya. :)
ReplyDeleteSy begitu
ReplyDelete