Terdapat 6
jenis personaliti pekerjaan berdasarkan teori John L. Holland. Jenis pekerjaan
ini berdasarkan daripada personaliti individu tersebut. Setiap jenis personality
memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.Semua individu dapat dikategorikan kepada 6
jenis personaliti (RIASEC). Terdapat 6 jenis model persekitaran yang
berhubung dengan 6 jenis personaliti ini (RIASEC). Individu mencari persekitaran yang membenarkan
mereka melatih kemahiran, sikap, nilai dan jenis personaliti. Tingkah laku individu ditentukan melalui
interaksi antara jenis personaliti dan ciri-ciri persekitaran.
PERSONALITI REALISTIK
CIRI
- Mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal.
- Suka bekerja dengan objek, mesin, peralatan, tumbuhan, dan binatang.
- Lebih suka bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan
JENIS PEKERJAAN
- Jurutera Awam
- Jurutera Kereta Api
- Operator Mesin
- Mekanik Kapal Terban
- Mekanik Kereta
- Juruteknik Elektronik
- Ahli Ilmu Perkebunan
- Tukang Kayu
CIRI
· Suka membuat pemerhatian, mempelejari, menyelidik, menganalisis,
menilai dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik
dan matematik serta meminati kerja-kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya
bercorak teknikal.
JENIS PEKERJAAN
- Ahli Kaji Cuaca
- Ahli Biologi
- Ahli Botani
- Ahli Agronomi
- Ahli Fizik
- Ahli Kaji Bintang
- Ahli Kimia
- Ahli Kaji Bumi
- Penyelidik Sains
- Antropologis
PERSONALITI ARTISTIK
CIRI
Mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi dan suka bekerja dalam situasi yang tidak
atau kurang berstruktur.Tidak selesa dengan kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu
menggunakan imaginasi dan kreativiti.
JENIS PEKERJAAN
- Penyair
- Pemimpin Orkestra
- Penyanyi Konsert
- Penggubah Lagu
- Pengarang
- Pelukis Perdagangan
- Pelukis Potret
- Wartawan
- Pelukis Kartun
- Penghias Rumah
- Arkitek
PERSONALITI SOSIAL
CIRI
Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Berminat dalam memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati
dan membuat kebajikan pada orang lain. Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta
mahir berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama adalah membuat kebajikan.
JENIS PEKERJAAN
- Ahli Sosiologi
- Guru
- Pengetua Sekolah
- Pegawai Perhubungan Awam
- Pengarah Kem Belia
- Pengarah Agensi Kebajikan
- Kaunselor Kerjaya
- Kaunselor Peribadi
PERSONALTI INTERPRISING
CIRI
Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus
individu lain. Pandai dan mahir memanipulasi orang laiN. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai keuntungan
organisasi dan keuntungan ekonomi.
JENIS PEKERJAAN
- Spekulator
- Aktuaris
- Eksekutif Pengiklanan
- Eksekutif Perniagaan
- Pengarah Syarikat
- Pengarah Publisiti
- Peguam
- Ahli Politik
- Pengurus Hotel
- Pengurus Bank
- Jurujual Insurans
PERSONALITI CONVENSIONAL
CIRI
Suka bekerja denga data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang perkeranian serta
mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat
akur, dan mengikut arahan.
JENIS PEKERJAAN
- Penyimpan Kira-Kira
- Guru Perdagangan
- Akauntan
- Jurutrengkas
- Kerani Bank
- Pakar Cukai
- Kerani Gaji
- Operator Komputer
- Penilai Harta
- Jurujual Insurans
- Kerani Insurans
No comments:
Post a Comment