Terdapat tiga pendapat yang menerangkan maksud kaunseling individu.
Pendapat tersebut menunjukkan bahawa kaunseling
individu merupakan satu proses bersua muka antara seorang kaunselor terlatih
dengan seorang klien yang menghadapi masalah yang melibatkan psikologi.
Gibson
dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu perhubungan
satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada beberapa
aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat keputusan. Prosess
ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi dimana klien boleh membentuk
pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan memulakan perubahan. Kecekapan
kaunselor memungkinkan perubahan positif yang akan berlaku. Kemahiran kaunselor
dan pengetahuannya menyediakan satu rangka kerja kearah yang memaksimakan
potensi klien ke arah hasil yang positif.
Rogers(dlm
Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas kepada
pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam kaunseling
individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal. Pihak
pertama ialah klien yang berada dalam keadaan tidak tenteram, risau yang menghadapi
sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal. Pihak kedua ialah kaunselor yang
tenang dalam hubungan itu. Kaunselor mengalami pengalaman empati dan
faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang mengenai pengalaman dengan
klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor dengan klien melalui sifat
empati, faham-memahami dan penerimaan positif tanpa syarat sekurang-kurangnya
telah mencapai sesuatu keberkesanan kaunseling.
Mansur Abdullah (1993) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal
peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor
dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang
membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan
bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
gambar ini menunjukkan situasi sebenar kaunseling individu dijalankan
No comments:
Post a Comment