Kaunseling juga merupakan alat asas bagi
kebanyakan professional.
Secara amnya, kaunseling diamalkan dalam bidang
pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemlihan, perkahwinan dan
keluarga.
Kaunseling adalah salah satu profesion yang mempunyai asas yang
saintifik dan objektif daripada bidang
psikologi, sosiologi, psikiatri, antopologi dan falsafah.
Apa itu kaunseling? Perkataan
kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘counselling’. Kaunseling digunakan dalam
satu proses yang sistematik untuk membantu perhubungan yang berdasarkan kepada
konsep-konsep psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar.
Tambahan pula ia juga perlulah mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai
satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik baik secara sukarela
pada diri klien supaya berlaku perubahan dan kamajuan serta penyesuaian yang
berterusan dalam kehidupan klien.
Berdasarkan definisi tersebut terdapat beberapa perkara penting iaitu :
- Kaunseling adalah profesion
- Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan personal, kerjaya, patalogi.
- Kaunseling dijalankan ke atas individu yang yang berfungsi penuh dan mempunyai masalah.
- Kaunseling berasaskan teori
- Kaunseling adalah proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi
- Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran
Bimbingan pula bermaksud proses membantu
individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi
kehidupannya (Gladding,2000).
Bimbingan juga bererti proses untuk
membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya supaya seseorang
itu boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya
(Suradi,1997).
Oleh itu jelaslah disini bahawa bimbingan membantu individu yang
menghadapi masalah dalam membuat keputusan yang waras. Ini demikian kerana
individu tersebut tidak dapat membuat sebarang pemilihan yang tetap kerana
masih berada dalam kekeliruan atau tidak tahu untuk menilai pilihan yang
terbaik untuk masa kini dan akan datang.
Bimbingan merupakan bantuan atau
pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang
mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi,
kejiwaan dan kerohaniaan. Ia jga melibatkan proses yang mengakibatkan
pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan
tindakan yang wajar diambil pada masa sekarang dan pada masa depan.
No comments:
Post a Comment