~jangan pernah berputus asa tanpa usaha segalanya akan sia-sia~
Monday, October 29, 2012
Kaunseling Individu
Terdapat tiga pendapat yang menerangkan maksud kaunseling individu.
Pendapat tersebut menunjukkan bahawa kaunseling
individu merupakan satu proses bersua muka antara seorang kaunselor terlatih
dengan seorang klien yang menghadapi masalah yang melibatkan psikologi.
Gibson
dan Mitchell (2003) mendefinisikan kaunseling individu sebagai satu perhubungan
satu dengan satu iaitu antara kaunselor terlatih dan berfokus kepada beberapa
aspek penyesuaian klien, perkembangan dan keperluan membuat keputusan. Prosess
ini melibatkan satu perhubungan dan ciri komunikasi dimana klien boleh membentuk
pemahaman menerokai kemungkinan-kemungkinan dan memulakan perubahan. Kecekapan
kaunselor memungkinkan perubahan positif yang akan berlaku. Kemahiran kaunselor
dan pengetahuannya menyediakan satu rangka kerja kearah yang memaksimakan
potensi klien ke arah hasil yang positif.
Rogers(dlm
Capuzzi dan Gross, 1991) pula mendapati terdapat beberapa asas kepada
pembentukan hubungan antara seorang klien dengan kaunselor dalam kaunseling
individu iaitu terdapat dua orang yang mengalami hubungan psikologikal. Pihak
pertama ialah klien yang berada dalam keadaan tidak tenteram, risau yang menghadapi
sesuatu gangguan atau kesukaran psikologikal. Pihak kedua ialah kaunselor yang
tenang dalam hubungan itu. Kaunselor mengalami pengalaman empati dan
faham-memahami terhadap situasi klien dan berbincang mengenai pengalaman dengan
klien. Komunikasi yang dilakukan oleh kaunselor dengan klien melalui sifat
empati, faham-memahami dan penerimaan positif tanpa syarat sekurang-kurangnya
telah mencapai sesuatu keberkesanan kaunseling.
Mansur Abdullah (1993) Kaunseling individu merupakan suatu pemusatan hal
peribadi, hubungan bersemuka antara dua manusia apabila seorang kaunselor
dengan kemampuan yang ada padanya menyediakan satu situasi pembelajaran yang
membolehkan kliennya mengenali dirinya sendiri, membuat keputusan dan pemilihan
bagi memenuhi keperluan diri mereka sendiri.
gambar ini menunjukkan situasi sebenar kaunseling individu dijalankan
Saturday, October 27, 2012
Apa Itu Kaunseling dan bagaimana ia berfungsi ?
Kaunseling merupakan kebolehan seseorang
individu menolong individu lain untuk mengatasi masalah dan mencapai
kesejahteraan hidup.
Kaunseling juga merupakan alat asas bagi
kebanyakan professional.
Secara amnya, kaunseling diamalkan dalam bidang
pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemlihan, perkahwinan dan
keluarga.
Kaunseling adalah salah satu profesion yang mempunyai asas yang
saintifik dan objektif daripada bidang
psikologi, sosiologi, psikiatri, antopologi dan falsafah.
Apa itu kaunseling? Perkataan
kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘counselling’. Kaunseling digunakan dalam
satu proses yang sistematik untuk membantu perhubungan yang berdasarkan kepada
konsep-konsep psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor yang berdaftar.
Tambahan pula ia juga perlulah mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai
satu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik baik secara sukarela
pada diri klien supaya berlaku perubahan dan kamajuan serta penyesuaian yang
berterusan dalam kehidupan klien.
Berdasarkan definisi tersebut terdapat beberapa perkara penting iaitu :
- Kaunseling adalah profesion
- Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan personal, kerjaya, patalogi.
- Kaunseling dijalankan ke atas individu yang yang berfungsi penuh dan mempunyai masalah.
- Kaunseling berasaskan teori
- Kaunseling adalah proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi
- Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran
Bimbingan pula bermaksud proses membantu
individu membuat keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi
kehidupannya (Gladding,2000).
Bimbingan juga bererti proses untuk
membantu individu memahami dirinya dan dunia disekelilingnya supaya seseorang
itu boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada dengan sepenuhnya
(Suradi,1997).
Oleh itu jelaslah disini bahawa bimbingan membantu individu yang
menghadapi masalah dalam membuat keputusan yang waras. Ini demikian kerana
individu tersebut tidak dapat membuat sebarang pemilihan yang tetap kerana
masih berada dalam kekeliruan atau tidak tahu untuk menilai pilihan yang
terbaik untuk masa kini dan akan datang.
Bimbingan merupakan bantuan atau
pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang
mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi,
kejiwaan dan kerohaniaan. Ia jga melibatkan proses yang mengakibatkan
pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan
tindakan yang wajar diambil pada masa sekarang dan pada masa depan.
Jenis-jenis Kaunseling
- kaunseling individu
- kaunseling kelompok
- kaunseling keluarga
- kaunseling kerjaya
Saturday, October 20, 2012
ApA iTU kAuNsELiNg?
Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong
yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor
profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik
dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat
berlandaskan Etika Kaunseling.
Friday, October 19, 2012
ASSALAMUALAIKUM ...
Nama diberi Noraini BT Mohamad Saad. Berasal daripada Pulau Pinang. Pada Julai 2010 bermulalah kehidupan saya sebagai seorang mahasiswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang pengajian Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Pada mulanya sangkaan saya tugas sebagai kaunselor amatlah mudah kerana tidak perlu mengajar didalam kelas, tidak perlu menyemak buku latihan, tidak perlu menyediakan soalan peperiksaan namun sangkaan saya itu meleset, rupa-rupanya peranan kaunselor amatlah berat dan perlu dipikul dengan sebaik mungkin. Mungkin kaunselor tidak mengajar didalam kelas namun kaunselor berperanan dalam menyelami ruang hati, fikiran dan tingkah laku seseorang individu. Cabaran sebagai seorang kaunselor telah saya rasai ~~
buang jauh-jauh rasa putus asa itu
buang jauh-jauh rasa kecewa itu
buang jauh-jauh rasa sedih itu
buang jauh-jauh rasa keseorangan itu
ukirlah senyuman dikala kesepian
ukirlah senyuman dikala air mata bercucuran
ukirlah senyuman dikala dirasakan diri ini lelah
ukirlah senyuman dikala dirasakan kasih-Nya melebihi segala-galanya
Subscribe to:
Posts (Atom)